Monday, July 10, 2006


myspace layouts, myspace codes, glitter graphics

Sunday, July 09, 2006




powered_by.png, 1 kB











































































  • Institut Latihan Perindustrian Pedas, Negeri Sembilan adalah satu (1) daripada dua puluh enam (26) Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia kedalian Jabatan Tenaga Manusia dibawah Kementerian Sumber Manusia.

    Penubuhan intitut ini adalah bertujuan untuk memberikan latihan kemahiran dan teknikal secara formal kepada belia lepasan sekolah dan pekerja-pekerja di sektor perindustrian untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan seterusnya dapat membantu kerajaan menangani masalah kekurangan pekerja mahir didalam negara






    Perutusan Pengarah


    Pembangunan yang pesat dan pantas dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ) menuntut setiap individu untuk menguasainya. Ini bagi menjamin negara kita tidak ketinggalan dalam arus perkembangan tersebut. ICT adalah berkait rapat dengan mahupun dalam konteks K-Ekonomi, K-Pengetahuan dan E-Pembelajaran yang menjadi 'trend' dunia termasuk negara kita. Dalam arus teknologi terkini setiap organisasi mahupun individu telah pun menyediakan laman web masing-masing bagi memperkenalkan mengenai organisasi tersebut.


    ILP Pedas atau Institut Latihan Perindustrian Pedas sebagai sebuah Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia ( ILJTM ) telah menyahut seruan kerajaan dengan mengadakan tapak bagi Laman Web bagi mendedahkan kepada orang awam mengenai institut ini. Dengan pendedahan ini diharapkan masyarakat umum dapat mengetahui mengenai perkhidmatan latihan yang telah kita jalankan disini. Baik dari segi kursus-kursus sepenuh masa ataupun separuh masa dan kursus pemintaan ( Customized course ). Akhir sekali saya berharap semua pelawat yang melawat laman ini dapat memanafaatkan setiap helaian laman maklumat yang terdapat dilaman ini sebagai satu titik mula bagi anda untuk membina masa depan dengan ilmu kemahiran kerana 'masa depan anda bermula disini' dan kami sedia membantu anda.

    Sekian, terima kasih.


    Zulkefli bin Ab Manan
    Pengarah,
    Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas,
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    Objektif Misi & Visi


    Objektif Misi & Visi
    Objektif Kami

    . Melahirkan tenaga kerja mahir untuk memenuhi perindustrian.
    . Memudahkan para lepasan sekolah mendapat kemahiran perindustrian melalui latihan yang bersistematik.
    . Meninggikan kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan berkesan kearah pembangunan negara.

    Visi Kami

    . Melahirkan tenaga mahir yang berkemahiran tinggi, innovatif dan berwibawa.

    Misi Kami


    . Menjadikan sebuah institut latihan cemerlang dan terunggul yang berteknologi tinggi dengan berteraskan ICT dalam melahirkan sumber tenaga mahir negara yang berketrampilan dan berwawasan.
    Fungsi ILP Pedas

    Penubuhan Institut Latihan Jabatan Tenaga Malaysia (ILJTM) adalah bertujuan untuk memberi latihan teknikal secara formal kepada para belia lepasan sekolah dan pekerja-pekerja di sektor perindustrian bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran mereka dan membantu menangani masalah kekurangan tenaga mahir dalam sektor perindustrian.

    Kursus yang ditawarkan terbahagi kepada;

    Kursus Sepenuh masa

    Fokus kepada belia-belia lepasan sekolah mendapatkan kemahiran sepenuh masa. Tempoh latihan adalah dalam masa 1 tahun 3 bulan bergantung kepada kursus. Yuran adalah percuma bagi tajaan dan pelajar akan ditauliahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia yang diiktiraf.

    Bagi ILP Pedas, institut mengendalikan sembilan(9) bidang kursus Sepenuh Masa kemahiran bertaraf Sijil Tahap 1 dan 2 berpandukan Sistem Pentauliahan Kemahiran Malaysia. Kursus yang ditawarkan adalah;

    1. Teknologi Maklumat
    2. Teknologi Telekomunikasi
    3. Elektro-Mekanikal
    4. CADD Senibina
    5. CADD Mekanikal
    6. Automasi Industri
    7. Kimpalan Arka dan Gas
    8. Fabrikasi Logam
    9. Pemesinan CNC


    Kursus Separuh Masa / Jangkapendek

    Terbuka kepada individu dan pekerja-pekerja di sektor perindustrian yang berminat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang berkaitan agar kebolehan mereka dapat memenuhi keperluan syarikat dan seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

    Dasar Qualiti Dasar Kualiti ILP Pedas DaN Piagam Pelanggan

    Dasar Qualiti Dasar Kualiti ILP Pedas

    ILP Pedas adalah komited dalam menyediakan latihan kemahiran yang sistematik dan berkesan secara professional kepada belia-belia lepasan sekolah, kakitangan sektor industri dan orang perseorangan kearah memenuhi keperluan sektor perindustrian negara, dengan membekalkan tenaga mahir yang berkemahiran tinggi dan berketrampilan.


    Piagam Pelanggan


    Kami di Institut Latihan Perindustrian Pedas diamanahkan untuk membekalkan tenaga kerja mahir dan bimbingan kerjaya bagi Pelajar-pelajar. Dengan itu :

    Kami berjanji akan menyediakan program latihan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan negara dan perkembangan teknologi semasa serta mengeluarkan pelajara-pelajar yang kompeten, berkualiti dan berhemah tinggi serta berwawasan.

    Kami berjanji untuk mengiklankan maklumat peluang-peluang latihan kemahiran di Institut-institut Latihan Perindustrian (ILP) kepada masyarakat umum dan memproses semua permohonan dalam masa dua bulan dari tarikh permohonan ditutup.

    Kami berjanji berjanji untuk memberi khidmat nasihat dan perundingan latihan kemahiran terutama kepada insturi-insturi kecil dan sederhana.

    Kami berjanji menyediakan latihan kemahiran yang berkualiti serta bermutu.

    Kami berjanji supaya semua jenis pertanyaan dan aduan diambil tindakan dalam masa 24 jam.

    Kami berjanji menyediakan kursus-kursus separuh masa , jangka pendek dan juga kursus-kursus permintaan ( Customised course ) dari pihak yang berminat yang mana latihan diberikan selari dengan Teknologi terkini.

    Kami berjanji supaya semua Bahagian Latihan menyediakan latihan kemahiran yang berkualiti mengikut keperluan industri .

    Dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kami dengan memberikan
    perkhidmatan yang cemerlang dan berhemah tinggi adalah menjadi pelanggan ( pelajar dan peserta kursus ) kami.

    Kami berjanji menyediakan latihan kokurikulom kepada semua pelajar yang mengikuti latihan di ILP Pedas.

    Kemudahan Pembelajaran Kemudahan-kemudahan pembelajaran yang disediakan:-

    Bilik-bilik kuliah, makmal dan bengkel-bengkel.

    Mesin-mesin dan peralatan latihan yang berteknologi tinggi dan terkini.

    Kemudahan Pusat Sumber iaitu perpustakaan (untuk bahan rujukan seperti buku, pita video, majalah ilmiah, interaktif cd dsb.) dan makmal komputer yang dilengkapi dengan kemudahan internet.

    Dewan Kuliah Utama dan Dewan Serbaguna yang dilengkapi oleh peralatan audio visual.




    Kemudahan penginapan untuk pelajar-pelajar juga disediakan secara percuma iaitu :-


    Blok asrama bagi pelajar lelaki dan perempuan yang boleh menampung sebanyak 600 penghuni dalam satu-satu masa.

    Surau dan Dewan Makan yang berdekatan asrama.

    Kedai koperasi bagi kemudahan pelajar untuk membeli keperluan harian.

    Kemudahan mesin basuh bagi memudahkan pelajar mencuci pakaian.
    Tandas dan bilik mandi.

    Kemudahan Rekreasi Kemudahan rekreasi juga disediakan bagi mengisi masa lapang pelajar di asrama iaitu:-

    Peralatan sukan seperti bola sepak, bola sepak takraw, raket tenis, raket badminton dan lain-lain.

    Padang bola sepak, gelanggang tenis, gelanggang sepak takraw, gelanggang bola tampar dan gelanggang badminton.

    Bilik Rehat yang dilengkapi dengan televisyen.
    Pondok rehat / wakaf untuk berehat.
    Video Clip INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN

    Free Counter